'Fine motor skill dikenali sebagai kemahiran motor halus yang mana ianya melibatkan anggota badan yang kecil seperti pergelanggan tangan dan jari jemari dalam melakukan sesuatu perkara.
Gambar 1: Anak-anak IBTA sedang bermain dengan tepung yang dicampur dengan sedikit air yang dapat merangsang motor halus mereka bekerja.
Kemahiran motor halus ini melibatkan daya fokus serta koordinasi mata dan tangan yang baik bagi membolehkan anak menguasai kemahiran menulis kelak.
Gambar 2: Anak IBTA sedang bermian dengan water colour, aktiviti ini dapat meningkatkan fokus mereka.
Hal ini dilaksanakan dalam IBTA sebagai salah satu yang boleh menjadikan anak-anak IBTA peka dengan persekitaran dan membolehkan kanak-kanak melakukan fungsi setiap hari, seperti berjalan, berlari, melompat, serta kemahiran bermain di taman permainan (contoh: memanjat) dan kemahiran bersukan yang lainnya.
Justeru itu, demi memberikan kelas interaktif dan perkembangan awal kanak-kanak yang baik, dana/sumber kewangan diperlukan untuk membeli peralatan dan menyediakan kursus yang terbaik kepada guru taska di IBTA.
Sumbangan anda penting untuk kami dan sumbangan anda penyumbang masa depan yang cerah untuk anak Malaysia yang lebih baik.