INFAQ PEMBELIAN VAN JENAZAH PEDALAMAN SARAWAK

RM980 / 1.96 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

30 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

PELUANG UNTUK SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN DALAM MEMBANTU MEMUDAHKAN URUSAN FARDHU KIFAYAH UMAT ISLAM KHUSUSNYA DI PEDALAMAN SARAWAK. KAMI MOHON BANTU PEMBELIAN JENAZAH SEGERA.


Setiap hari, pasti ada kematian yang berlaku di dalam kehidupan kita. Masalah pengangkutan untuk membawa jenazah yang meninggal dunia dari satu kawasan ke kawasan yang diinginkan menjadi perkara yang biasa terjadi pada hari ini. Ini berikutan terdapat kekangan pengangkutan yang membolehkan jenazah tersebut dibawa ke destinasi yang sepatutnya. Hal ini sering berlaku lebih-lebih lagi dalam membiayai perbelanjaan pengurusan jenazah.


Biarpun ada pengangkutan, namun penyeliaan yang tidak dapat dijaga dengan baik menyebabkan ianya menjadi kekangan kepada usaha untuk meringankan perkara ini. Bagi pihak kami sendiri, van sedia ada yang digunakan untuk membantu tidaklah berada dalam keadaan yang terbaik lagi untuk menyelurusi jalan di Sarawak ini yang agak mencabar.



Jumlah kutipan pada fasa pertama yang lepas

Pada kutipan awal, pihak kami telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM 2060 dan memerlukan sekurang kurangnya anggaran RM50,000 lagi untuk menyediakan sebuah van jenazah serta diubahsuai mengikut kesesuaian penggunaannya.


Keadaan van terkini yang digunakan oleh masyarakat di Daro

Van yang ada pada masa ini memerlukan perhatian yang serius agar ianya boleh digunakan dalam tempoh yang lama dan dalam pada masa yang sama memastikan van baru turut disediakan sebagai persediaan sekiranya berlaku keadaan yang mendesak.


Van yang akan dibeli baru dan diubahsuai untuk kegunaan penduduk Islam di Pulau Bruit bagi memudahkan urusan perjalanan jenazah daripada luar kampung tersebut.

Setiap sumbangan daripada sahabat-sahabat sekalian amatlah kami hargai dan tanpa usaha kita semua, kempen ini tidak mungkin akan berjaya. Semoga Allah membalas kebaikan sahabat-sahabat yang telah menyumbang dan memastikan kempen ini berjaya dengan kebaikan yang berlipat kali ganda. Jazakumullahu kheyr.

“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Dec 22, 2023

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 17, 2023

Kempen Sumbangan Tamat