MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jun 22, 2023

TABUNG KHAS AIDILADHA KEPADA PELAJAR TAHFIZ ASNAF

RM1,400 / 20.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

54 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

REBUT PELUANG UNTUK MERAIH GANJARAN BERGANDA SEMPENA 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH DENGAN BERINFAQ UNTUK TABUNG KHAS AIDILADHA BUAT PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM.


Pihak maahad mengambil inisiatif membuka tabung khas Aidiladha untuk memberi peluang kepada muslimin dan muslimat menyumbangkan dan menyuburkan amalan sedekah semasa 10 Hari Pertama Zulhijjah. Sumbangan infaq yang diberikan akan digunakan untuk perbelanjaan pengurusan ibadah korban di maahad dan untuk menjayakan majlis jamuan masakan daging korban pada petang Hari Raya Aidiladha yang pertama kepada para pelajar kami. Ini adalah cara yang baik untuk memastikan bahawa pelajar-pelajar tersebut mendapat manfaat daripada ibadah korban dan juga menikmati hidangan khusus pada Hari Raya tersebut.



Tidak ada hari yang mana amal soleh dilakukan padanya lebih dicintai oleh Allah daripada sepuluh hari ini (awal Zulhijjah). "Mereka berkata; Wahai Rasulullah! Tidak juga berjihad di jalan Allah? Baginda SAW berkata: “Tidak juga berjihad di jalan Allah melainkan seseorang itu keluar dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak kembali (syahid) dengan membawa sesuatu pun.” (Riwayat Abu Daud)



Ibadah korban adalah satu tradisi yang baik bahawa para pelajar lelaki di maahad kami terlibat dalam aktiviti ibadah korban di kawasan setempat sekitar Pekan Ayer Hitam. Melibatkan para pelajar dalam pengurusan ibadah korban sejak usia awal adalah cara yang baik untuk membentuk kesedaran dan tanggungjawab terhadap amalan keagamaan. Selain itu, melibatkan diri dalam aktiviti ibadah korban juga membantu membentuk kesedaran tentang kepentingan sedekah dan pengorbanan dalam agama Islam.



Ibadah korban yang dilaksanakan juga dapat mendekatkan diri kepada Allah. Dalam melaksanakan ibadah ini, seseorang menunjukkan ketaatan dan kesediaan untuk mengorbankan sesuatu yang dicintai demi Allah. Hal ini mencerminkan keikhlasan dan pengabdian kepada-Nya. Selain itu, ibadah korban mengingatkan kita pada peristiwa yang terjadi antara Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Mereka bersedia mengorbankan apa yang dicintai demi ketaatan kepada Allah. Dalam melaksanakan ibadah korban, kita mengikuti jejak kesabaran, ketaatan dan ketundukan mereka kepada Allah.



Pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza kepada semua dermawan yang memberikan sumbangan bagi tabung khas Aidiladha. Segala sumbangan infaq kalian akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk pengurusan korban di maahad ini. Semoga Allah SWT memberkahi kehidupan para penderma  untuk memberikan kemudahan dalam merealisasikan impian dan hajat seluruh warga Maahad Tahfiz Al Quran Nurul Hidayah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 28, 2023

SARI HASSAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jun 26, 2023

Kempen Sumbangan Tamat