Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Jun 02, 2023
RM1,320 / 1.32 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000
46 Penyumbang
Kempen Berakhir!
“Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat yang turun, salah satunya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq’. Sedangkan (malaikat) yang lainnya berkata: ‘Ya Allah berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan (hartanya)’.”
(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)
Sedekah bukan hanya perihal memberikan sebahagian harta kepada golongan yang memerlukan, namun manfaat sedekah lebih luas akan dirasakan oleh mereka yang melakukannya, antaranya, memperkuat keimanan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Jika kita bersedekah dengan niat demi untuk beribadah kerana Allah, pasti akan bertambah keimanan kita terhadapNya. Dengan bersedekah juga dapat mendekatkan diri kepada Allah kerana Allah sangat menyayangi akan golongan hambaNya yang banyak memberi keranaNya, bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.
Mendapat Ganjaran Pahala
Setiap amalan baik yang dilakukan dengan ikhlas pasti akan diganjarkan dengan pahala oleh Allah SWT. Ini termasuklah dalam perbuatan memberi dan bersedekah kepada sesiapa yang memerlukan.
“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali dari bisikan-bisikan orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat kebaikan atau mengadakan perdamaian diantara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredaan Allah, maka kami akan memberinya pahala yang besar.”
(Surah an-Nissa:114)
Sehubungan dengan itu, pihak maahad membuka tabung infaq kejannah bagi tujuan mengumpul dana membeli sebidang tanah bagi tujuan membina prasarana yang lengkap bagi penuntut lelaki dan wanita yang menuntut di maahad tahfiz ini. Oleh itu, pihak maahad menyeru muslimin dan muslimat sama-sama membantu anak-anak tahfiz yatim di sini dengan berinfaq ke tabung infaq bagi mengumpul dana.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Pihak Maahad menyeru untuk sama-sama infaq ke jannah bagi pembelian tanah untuk pembinaan rumah bagi anak-anak yatim di maahad ini untuk menuntut ilmu. InsyaAllah ianya akan menjadi saham akhirat yang tidak terputus buat para penyumbang yang membantu anak-anak syurga ini agar mereka dapat beramal dengan tuntutan Al-Quran dalam kehidupan mereka.
Jom #BuatBaik
https://sumbangan.com/tabunginfaqrumahanakyatimmenuntutilmu
Assalamualaikum wbt.Pihak maahad sedang berhasrat membeli tanah dengan membuka Tabung Infaq Pembelian Tanah untuk anak syurga ini kerana pelajar lelaki masih tidak memiliki cukup tanah untuk mebina dewan makan dan kini hanya disekitar kaki lima kelas pengajian setian hari yang terdedah hujan panas.
dan pelajar wanita masih menumpang di tanah orang dan menyewa yang kian tahun semakin meningkat. oleh itu pihak maahad berhasrat mebeli tanah khusus untuk tujuan berikut untuk menyediakan prasarana yang lengkap bagi anak-anak yatim dan asnaf disini dapat belajar denagn sempurna .oleh pihak maahd menyeru muslimin muslimat membatu pihak maahad dapat berjihat mendapat tanah wakaf untuk membina prasarana yang lengkap untuk anak syurga ini berjihat dan berjuang untuk menuntut ilmu.yang mana setiap hari anak maahad dan pihak maahad akan membaca yassin dan setiap hari mendoakan kepada penginfaq semuga Allah swt memurahkan rezeki penginfaq dan berikan kesihartan yang baik golongkan penginfaq dikalangan hamba Allah yang mukhlisin insyaallah yang beroleh syurga firdaus Amiin
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 16, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 13, 2023
ALMUNADHARAH ROLAH
Menyumbang sebanyak RM500.00
Jun 12, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 11, 2023
MUHAMMAD AKRAM
Menyumbang sebanyak RM80.00
Jun 11, 2023