MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jan 30, 2023

TABUNG INFAQ PETI AIS MAAHAD TAHFIZ

RM455 / 9.10 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

23 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTU SEDEKAH HADIRKAN SEBUAH PETI AIS CHILLER DI TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM. DENGAN HANYA SERENDAH RM10 MARI SALURKAN HARTA KALIAN BAGI MEREALISASIKAN IMPIAN MENYEDIAKAN KEMUDAHAN UNTUK MEREKA.


Assalamualaikum wbt. AJK Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah Ayer hitam Kedah berbesar hati mengadakan sumbangan untuk sebuah peti ais chiller bagi menyimpan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk kemudahan harian anak-anak tahfiz di sini. Kami berharap dapat menyimpan bekalan makanan yang mencukupi dengan adanya peti ais tersebut. Sebelum ini pihak maahad tidak dapat menyimpan bekalan makanan berbentuk sayuran dan lain-lain lagi kerana kerana pihak Maahad kami tidak memiliki dana yang tetap bagi membeli peti ais tersebut. Oleh itu, kami membuka peluang infaq membeli dan bersedekah dana peti ais sambil berinfaq membaca Yassin oleh anak-anak maahad kami disini dengan RM10 untuk 1 nama arwah untuk dihadiahkan kepada arwah insan tersayang.



Sayur sayuran ialah makanan yang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Bukan sahaja ia baik untuk badan, malah juga boleh memanjangkan umur seseorang. Sayuran dan buah-buahan amat penting untuk manusia termasuk golongan belia seperti para pelajar tahfiz. Menjadi kewajipan dan keutamaan pihak maahad untuk menyajikan hidangan yang berkhasiat buat anak-anak tahfiz di sini. Mereka memerlukan nutrisi yang berkhasiat dan seimbang untuk kekal sihat bagi menuntut ilmu. Dengan kewujudan peti ais chiller itu nanti dapat memastikan makanan serat tersebut kekal segar dan tidak mudah rosak.



Pihak Maahad Tahfiz kami di sini seperti tahfiz yang lain juga serba kekurangan dan tidak mempunyai dana yang tetap banyak berjalan dengan bantuan infaq sumbangan daripada orang ramai dan NGO terlibat. Kami menyeru muslimin dan muslimat saling mengamalkan sifat Ta'awun yakni saling atas jalan jihad membantu golongan pencinta Al-Quran ini memudahkan urusan mereka menuntut Ilmu agama.


“Dan aku melihat seorang lelaki daripada umatku ketakutan melihat jilatan api neraka. Ia mengusir (jilatan tersebut) daripada wajahnya dengan menggunakan tangannya. Kemudian datanglah amalan sedekah lelaki tersebut. Amalan itu pun menghalangi dan melindungi wajah serta kepalanya (daripada jilatan api neraka).” (Tafsir Ibnu Katsir)


MasyaAllah, amalan sedekah datang membantu kita di akhirat kelak, tidak terbayang lagi betapa bersyukurnya kita pada waktu itu. Oleh itu, ayuh bersegeralah dalam mengumpul bekalan, semoga ia menjadi penyebab rahmat Allah ke atas kita dan penyelamat di akhirat nanti.



Kami menyeru para dermawan sekalian untuk menghulurkan bantuan ke Tabung Infaq Peti Ais Maahad Tahfiz kami disini bagi mendapat yang baru. Hal ini bagi tujuan untuk menyimpan barang makanan untuk keperluan anak-anak disini menuntut ilmu agama Allah supaya mereka dapat beribadah dan mendalami pengajian ilmu dengan asas mencukupi dan terjamin. Semoga segala kebaikan dan amal sedekah kalian dapat mendekatkan hubungan dengan Allah SWT.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat