Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Feb 28, 2023
RM285 / 5.70 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
17 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wtb. Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah memohon sumbangan muslimin dan muslimat yang dermawan sekalian untuk sama-sama membantu menyediakan kelengkapan peralatan memasak dapur maahad. Ketika bulan Ramadhan aktiviti memasak menjadi rancak bagi menyediakan juadah untuk umat Islam yang diwajibkan berpuasa. Peralatan memasak sangat penting bagi memudahkan kerja memasak untuk memenuhi keperluan jasmani khususnya anak-anak tahfiz yang setiap hari berjuang belajar Al-Quran dan menghafaz Al-Quran.
Ketika bulan Ramadhan, bukan sahaja tubuh badan perlu dalam keadaan sihat tetapi kesihatan mental juga perlu dijaga. Hal ini kerana banyak tenaga akan digunakan untuk aktiviti memasak juadah berbuka puasa. Dengan adanya fasiliti dapur yang kemas dan peralatan dapur yang lengkap dapat membantu menstabilkan emosi dan memberikan kegembiraan kepada tukang masak.
Kegembiraan tukang masak ini pula akan sangat membantu bagi menghasilkan juadah yang sedap dan menyelerakan untuk anak-anak tahfiz ini berbuka puasa. Keadaan perut yang kenyang setelah menikmati hidangan berbuka yang sedap akan menggembirakan hati para pelajar tahfiz dan dapat memberikan ketenangan agar mereka dapat fokus beribadah di malam hari sepanjang bulan Ramadhan.
Tanpa peralatan memasak yang lengkap pasti akan menyukarkan urusan memasak di dapur maahad. Pihak Maahad kekurangan dana bagi menyediakan fasiliti terbaik di dapur maahad kerana banyak dana diperlukan untuk membangunkan tapak maahad baharu yang ketika ini masih dalam tempoh pembangunan. Oleh itu, kami mengadakan kempen kepada muslimin dan muslimat bagi merealisasikan impian untuk menyediakan peralatan kelengkapan dapur maahad bagi melancarkan kegiatan memasak.
Antara peralatan yang diperlukan adalah dapur masak nasi, mesin pengisar, dapur masak, periuk masak, kuali, senduk, sudip dan lain-lain lagi. Dengan serendah RM10 rebutlah saham akhirat dengan menghulurkan sumbangan-sumbangan kecil bagi dana untuk menyediakan sebuah dapur masak yang dapat menyediakan makanan yang sempurna kepada 60 orang anak-anak tahfiz yatim dan juga asnaf disini.
Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza kepada para dermawan atas kemurahan hati memberikan sumbangan. Kami berharap Ramadhan anak-anak tahfiz tahun ini bertambah meriah apabila wujudnya fasiliti dapur yang terbaik di maahad ini. Semoga amalan bersedekah ini sedikit sebanyak dapat menghakis sifat kedekut dan bakhil, digantikan dengan sifat suka memberi, saling mengasihi serta mendahulukan orang lain dalam berkongsi nikmat Allah yang dikurniakan.
"Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan." (S.Al-Qasas: 77)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 11, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 10, 2023
HAMBA ALLAH HAJJAH
Menyumbang sebanyak RM50.00
Mar 10, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 08, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 06, 2023