Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Untuk makluman, Pusat Jagaan Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai rumah perlindungan yang bertujuan memberi perlindungan dan penempatan sementara kepada insan- insan yang memerlukan seperti anak-anak yatim piatu dan terbiar, orang kurang upaya (OKU), warga emas yang daif, para ibu tunggal, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan mereka yang kurang bernasib baik dan terpinggir. Pusat Jagaan Titian Kaseh beroperasi atas dasar kebajikan semata-mata dan tidak mengambil sebarang keuntungan. Kini setelah 24 tahun beroperasi, Pusat Jagaan Titian Kaseh masih menyewa 3 buah kediaman/asrama yang menempatkan 130 penghuni. Tahun ini juga merupakan sambutan Jubli Perak bagi kami. Justeru itu, kami berharap hasrat pengasas kami dapat ditunaikan dan direalisasikan.
Hamba Allah
Semoga anak-anak yatim ini menjadi pembela agama Islam yang berani, kaya raya, beriman dan bertakwa kepada Allah. Mohon doakan untuk anak-anak yatim saya juga. Mohon sedekahkan Alfatihah buat arwah suami, Mohd Khairi bin Mohd Yusof yang baru sahaja meninggal dunia. Saya niatkan sedekah ini bagi pihak suami, InshaAllah aaameen.
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya allah kau mudahkanlah perjalanan mereka dan segala urusan mereka..ya allah kau ampunilah segala dosa2 ku dosa kedua org tua ku.. Dosa2 kaum Muslimin dan muslimat yg masih hidup atau yg sudah meninggal.. Dan tempatkanlah mereka disisimu.. Ya allah.. Aamiin..
Anda mengaminkan doa ini