Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan membangunkan projek-projek pendidikan yang unik dan berkualiti menepati keperluan ummah. PACU dalam usaha mewujudkan rangkaian institusi dan projek-projek pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia dari kecil sehingga usia warga emas. Terdapat empat inisiatif pendidikan yang bernaung di bawah PACU iaitu Pusat Jagaan Dan Pendidikan Warga Emas Darul insyirah (DI), Raudhatul Huffaz (RH), Anjung Insyirah (AI) dan Projek Tuisyen Ummah (PROTU).
Objektif Penubuhan
- Membangunkan program-program yang bermatlamatkan pendidikan dan dekat dengan masyarakat.
- Memartabatkan modul pendidikan berlandaskan tarbiyah Islamiah.
- Menyediakan pelbagai jenis pendidikan untuk setiap peringakat usia.
- Melahirkan generasi pelapis yang boleh menjadi Muslim Hebat.
Visi
Mewujudkan rangkaian institusi dan projek- projek Pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia (dari dalam buaian hingga ke liang lahad).
Misi
Membangunkan projek- projek Pendidikan yang unik dan berkualiti serta menepati keperluan Ummah.
Hamba Allah
Ya Allah,redhai kami.Jauhi kami drpd sgl fitnah dunia dan akhirat.Jauhi kami drpd dajjal.Jauhi kami drpd sgl keburukan dunia dan akhirat.Ya Allah rahmati kami.Bantu kami untuk kami lalui liku-liku hidup yg penuh dugaan ini.Limpahkan kami rezeki mencurah-curah untuk kami bersama menikmatinya
Anda mengaminkan doa ini
NORHILWA NAJMUDDIN
Permudahkan segala urusan, kabulkan segala hajat dan impian kami.. kurniakan kebahagiaan buat kami sekeluarga dunia akhirat, jauhkan kami dr azab kubur, dan azab nerakaMu serta masukkan kami sekeluarga dlm syurga firdausi tanpa hisab dan azab..Aaminn..
0 orang mengaminkan doa ini