Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan membangunkan projek-projek pendidikan yang unik dan berkualiti menepati keperluan ummah. PACU dalam usaha mewujudkan rangkaian institusi dan projek-projek pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia dari kecil sehingga usia warga emas. Terdapat empat inisiatif pendidikan yang bernaung di bawah PACU iaitu Pusat Jagaan Dan Pendidikan Warga Emas Darul insyirah (DI), Raudhatul Huffaz (RH), Anjung Insyirah (AI) dan Projek Tuisyen Ummah (PROTU).
Objektif Penubuhan
- Membangunkan program-program yang bermatlamatkan pendidikan dan dekat dengan masyarakat.
- Memartabatkan modul pendidikan berlandaskan tarbiyah Islamiah.
- Menyediakan pelbagai jenis pendidikan untuk setiap peringakat usia.
- Melahirkan generasi pelapis yang boleh menjadi Muslim Hebat.
Visi
Mewujudkan rangkaian institusi dan projek- projek Pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia (dari dalam buaian hingga ke liang lahad).
Misi
Membangunkan projek- projek Pendidikan yang unik dan berkualiti serta menepati keperluan Ummah.
INTAN SURAYA MD SUKRI
Diampunkan dosa sy, famili,kwn,muslimin&muslimat, dpt taubat nasuha sblm mati,dpt kematian husnol khotimah&syahid.Dimasukn dlm syurga firdaus,jauh seksaan kubur & dijauhkan dri neraka,dpt syafaat Allah & Rasulallah.dpt tunai umrah & haji. Dpt kesihatan baik & kesembuhan penyakit. Rezeki limpah ruah & tak tersangka2. Dpt Jodoh yg terbaik menurut Allah swt , di waktu yg tepat, berkat & terdekat.Amin
Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini