MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 31, 2023

RAYU INFAQ PEMBINAAN TAPAK TANGKI AIR MAAHAD TAHFIZ

RM375 / 5.36 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

17 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MERAYU SUMBANGAN BAGI PEMBINAAN TAPAK TANGKI AIR BERSIH DI MAAHAD TAHFIZ. SEMOGA KEBAIKAN ANDA DIBERI GANJARAN TERBAIK DARIPADA ALLAH SWT.


Pihak maahad dengan rendah hati ingin memohon sumbangan daripada semua pihak yang prihatin untuk membantu dalam pembinaan tapak tangki air di maahad tahfiz kami. Kempen ini adalah langkah penting dalam memastikan kecekapan dan keberkesanan pengajian dalam kalangan pelajar-pelajar kami dengan adanya bekalan air yang mencukupi.



Air merupakan keperluan asas yang sangat penting dan dengan adanya tapak tangki air, kami dapat memastikan pengaliran air berada pada tekanan yang normal dan lancar untuk kegunaan harian serta juga kegunaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Al-Quran para pelajar.



Projek pembinaan tapak tangki air sangat penting bagi mengatasi masalah tekanan air yang rendah yang sering berlaku di kawasan Pekan Ayer Hitam. Ini adalah langkah penting dalam memastikan kelestarian dan kesinambungan aktiviti pendidikan di maahad kami.



Sumbangan kalian walau seberapapun akan membantu pihak kami merealisasikan projek pembinaan ini kelak. Semua sumbangan ini akan digunakan sepenuhnya untuk pembinaan tapak tangki air dan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar kami.



Pihak maahad berharap agar semua pihak dapat terus menyokong usaha kami untuk memastikan pelajar-pelajar kami dapat belajar dan beribadah dengan baik. Segala kebaikan para dermawan insyaAllah akan mendatangkan manfaat yang berterusan kepada kalian dan juga generasi pelajar yang sedang mempelajari Al-Quran. Jazakumullahu khairan jaza.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Nov 01, 2023

MOHAMAD AZLI RAZALI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 01, 2023

Kempen Sumbangan Tamat