Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM485 / 16.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
18 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Masalah kekurangan zat makanan atau gizi buruk adalah salah satu ancaman besar yang dihadapi oleh anak-anak yatim, tahfiz, dan dhuafa.
Kekurangan zat penting seperti protein, vitamin, dan mineral boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti pertumbuhan terbantut (stunting), anemia, kelemahan sistem imun, serta pelbagai penyakit kronik.
Tanpa makanan yang bergizi, mereka sukar untuk tumbuh dengan baik, belajar dengan baik, dan membina masa depan yang lebih cerah.
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang memelihara anak yatim, maka dia akan bersama aku di syurga seperti ini,” seraya baginda mengisyaratkan dua jarinya yang dirapatkan. (HR. Bukhari)
Bersama ASAR Humanity, insya-Allah kita dapat menyediakan Paket Makanan Bergizi yang akan membantu memenuhi keperluan nutrisi mereka.
Setiap paket mengandungi bahan makanan seperti beras, sayur-sayuran, buah-buahan, sumber protein seperti telur dan ayam, serta susu. Ini akan membantu memastikan mereka mendapat zat makanan yang mencukupi untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
Sedekah kita bukan sahaja memberi manfaat kepada anak-anak ini, tetapi juga menjadi pelaburan akhirat yang tidak akan terputus pahalanya. Setiap butir makanan yang kita berikan kepada mereka, insya-Allah akan mengalirkan pahala berterusan kepada kita di hari akhirat kelak.
Jangan ragu untuk memberikan sedikit daripada rezeki yang Allah kurniakan. Biar sedikit, asalkan ikhlas, pasti Allah akan melipatgandakan balasannya.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
SITI KHAMISAH MD HASSAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 19, 2024
ERNIE AHMAD
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 18, 2024
EHSAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 18, 2024