MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Nov 01, 2023

SUMBANGAN INFAQ KELAS FARDHU AIN PELAJAR TAHFIZ

RM75 / 2.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

5 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI BERINFAQ AGAR ANAK-ANAK TAHFIZ ASNAF DAN YATIM DI MAAHAD KAMI INI DAPAT MEMPELAJARI ILMU FARDHU AIN DAN MENUNTUT ILMU AGAMA.


Pihak maahad mohon sumbangan infaq daripada semua pihak untuk kelas fardhu ain kepada 70 orang pelajar tahfiz asnaf dan yatim di maahad kami. Ilmu fardhu 'ain adalah ilmu asas yang wajib dan penting dalam memahami dan mengamalkan Islam dalam seluruh aspek kehidupan. Dengan adanya kelas fardhu ain ini dapat memberi pelajar-pelajar kami peluang untuk mempelajarinya bagi memenuhi kewajiban sebagai seorang Islam.



Di maahad setiap hari khamis merupakan sesi pengajian fardhu ain para pelajar di sini. Bagi memastikan kelas pengajian fardhu ain para pelajar ini dapat berjalan dengan lancar dan baik pihak maahad mengadakan kempen untuk menggumpul dana daripada orang ramai bagi membeli bahan pembelajaran seperti kitab, alat bantuan mengajar dan lain-lain lagi.



Terdapat 3 ilmu cabang ilmu fardhu ain yang wajib dipelajari oleh setiap individu muslim iaitu tauhid, fekah dan juga tasawwuf. Hal ini kerana ilmu fardhu 'ain adalah kunci untuk memperkuat keimanan dan membimbing individu dalam urusan kehidupan seharian agar sesuai dengan prinsip-prinsip Islam. Malahan di dalam Islam tidak mempelajari ilmu fardhu 'ain dapat dianggap sebagai dosa.





Akhir kata, mari bergandingan tangan saling membantu atas jalan kebaikan dan ketaqwaan dengan menghulurkan wang ringgit yang ada bagi membantu anak-anak asnaf dan yatim di maahad kami dapat mempelajari ilmu fardhu ‘ain dengan baik. Semoga Allah SWT melimpahkan saham akhirat yang tidak terputus atas kebaikan para dermawan yang menyumbang untuk membantu pendidikan agama di maahad kami. Jazakumullahu khairan jaza.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat