MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jun 07, 2024

INFAQ JUMAAT SIMEN UNTUK PEMBANGUNAN MAAHAD TAHFIZ

RM235 / 4.70 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH RAIH PAHALA YANG MENGALIR HINGGA KE AKHIRAT KELAK DENGAN BANTU INFAQ SIMEN READY MIX BAGI MENYOKONG KERJA-KERJA PEMBANGUNAN DI MAAHAD TAHFIZ.


Kami daripada Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah dengan rendah hati ingin memohon sumbangan ikhlas daripada penderma sekalian untuk sama-sama menggumpul saham akhirat dengan infaq simen ready-mix pada hari Jumaat yang penuh keberkatan ini bagi tujuan pembangunan maahad tahfiz kami. Menjadi tanggungjawab dan keutamaan pihak maahad untuk sentiasa meningkatkan infrastruktur di maahad dalam rangka mewujudkan persekitaran tempat pengajian yang kondusif.



Selain itu, pembangunan maahad tahfiz ini adalah satu usaha murni untuk menyediakan kemudahan yang lebih baik dan selesa kepada para pelajar yang sedang menghafal Al-Quran. Dengan adanya infrastruktur yang kukuh dan selesa, para pelajar dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajian mereka dan mencapai kecemerlangan dalam bidang hafazan Al-Quran.


Simen adalah bahan asas yang sangat penting dalam setiap projek pembinaan. Dengan adanya sumbangan simen, kami dapat membina dan menambah fasiliti bangunan-bangunan di maahad yang sangat diperlukan. Pembangunan ini bukan sahaja akan memberikan manfaat kepada para pelajar sekarang tetapi juga kepada generasi akan datang.



Dengan menggunakan simen ready-mix dalam pembangunan di maahad tahfiz, ianya bukan sahaja menjimatkan masa dan tenaga kerja, membolehkan projek pembinaan dijalankan dengan lebih cepat dan efisien tetapi juga menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dan keselamatan pekerja. Pihak kami sangat menghargai sebarang sumbangan untuk dana pembelian simen ready-mix untuk projek pembangunan ini.



Akhir kata, hari Jumaat adalah hari yang penuh dengan keberkatan dan ganjaran pahala yang berlipat ganda bagi setiap amalan kebaikan yang dilakukan. Kami amat menghargai sebarang bentuk sumbangan, kecil atau besar, kerana setiap infaq anda amat bermakna bagi kami dan para pelajar. Semoga segala kebaikan yang anda hulurkan pada hari Jumaat yang mulia ini akan menjadi amal jariah yang berterusan pahalanya, insya-Allah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 09, 2024

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Jun 08, 2024

SEMUT HITAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 08, 2024

NURUL FATHIN BINTE ARIS

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 08, 2024

Kempen Sumbangan Tamat