MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 22, 2024

BARANGAN KEPERLUAN ASAS BUAT ANAK-ANAK SYURGA

RM145 / 4.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

10 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

RAIHLAH KEBERKATAN DENGAN BERINFAQ MEMBANTU ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF MENDAPAT MAKANAN YANG BERKHASIAT.


Assalamualaikum wbt, pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin memohon kepada muslimin dan muslimat untuk membantu kempen makanan berkhasiat anak-anak tahfiz yatim dan asnaf bermula dari RM10 dengan berinfaq keperluan barang-barang asas seperti gula, kopi, kicap, sos dan lain-lain lagi buat anak-anak tahfiz yatim dan asnaf yang kurang berkemampuan untuk menuntut ilmu agama Allah SWT.



Memandangkan harga bekalan dapur sekarang semakin meningkat setiap hari, pihak maahad memohon kepada semua untuk kita memberikan bantuan barangan dapur. Dengan bantuan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban kos pembelanjaan di tahfiz anak-anak yatim dan asnaf di sini yang serba kekurangan. Oleh itu, pihak maahad berhasrat memohon bantuan kepada saudara dan saudari yang budiman untuk berinfaq di tahfiz kami seperti sardin, susu, minyak, garam dan lain-lain lagi.



Bantuan tersebut amat diperlukan bagi memastikan para pelajar tidak kelaparan dan terputus bekalan makanan semasa anak-anak syurga ini menuntut ilmu. Sesungguhnya siapa yang rajin bersedekah akan mendapat ganjaran yang besar, yaitu pintu khusus menuju syurga. Hal ini kerana, jika terdapat seorang muslim yang semasa hidupnya gemar bersedekah samasa berjalan di jalan Allah, dan Allah sangat menyukai perbuatan sedekah.



Akhir kata, marilah kita berlumba-lumba mencari kebahagian di akhirat asbab infaq kepada anak-anak yatim dan asnaf. Semoga infaq penderma-penderma akan menjadi saham akhirat yang berkekalan di sana dan mendapat naugan di hari kiamat nanti insya-Allah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Aug 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 23, 2024

SAIFULHAFIZAM BIN ALIAS

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 23, 2024

Kempen Sumbangan Tamat