MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada May 15, 2023

KEKURANGAN AL QURAN DAN MUQADDAM MENYUKARKAN ANAK TAHFIZ BELAJAR

RM679 / 13.58 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

33 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTU INFAQ AL-QURAN DAN MUQADDAM KEPADA PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM MISKIN INI AGAR MEREKA TERUS SEMANGAT BELAJAR DAN MEMBACA AL-QURAN SETERUSNYA MENDALAMI AGAMA ISLAM.


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran memohon sumbangan infaq daripada muslimin muslimat yang dirahmati Allah SWT untuk membantu puluhan anak-anak tahfiz di sini memiliki Al-Quran dan juga muqadaam bagi memudahkan mereka mempelajari Al-Quran. Mereka sangat memerlukan Al-Quran untuk teruskan usaha belajar, menghafaz memahami Al-Quran bagi memberi manfaat kepada Ummah. Membaca dan belajar Al-Quran adalah salah satu ibadah yang memiliki banyak keutamaan dan manfaat bagi para pembaca juga golongan yang membantu menyediakan Al-Quran buat pembacanya.




Membaca dan seterusnya menghafal Al-Quran termasuk ibadah yang agung di dalam agama Islam. Para pelajar tahfiz yatim dan asnaf di maahad ini kesemuanya memiliki potensi kuat untuk menjadi penghafal Al-Quran yang membanggakan walaupun dengan kekurangan dana untuk mereka membeli Al-Quran dan muqaddam sendiri. Bergabunglah bersama pihak maahad dalam membantu generasi muda ini untuk sentiasa berdamping dengan Al-Quran sehingga ke penghujung usia mereka.




Mari infaq rezeki yang Allah kurniakan dengan menyumbang untuk bantu anak-anak soleh di Maahad Tahfiz Al-quran Nurul Hidayah ini untuk terus dapat membaca Al-Quran dan beramal dengan Al-Quran bagi melahirkan generasi-generasi Al-Quran yang unik di muka bumi ini. Keadaan cuaca yang panas di utara ketika ini tidak membuat semangat mereka surut dalam belajar membaca Al Quran, mereka akan senang dan bahagia sekali apabila mendapatkan mushaf Al-Quran yang baharu.




Infaq Al-Quran termasuk dalam sedekah jariyah yang tidak menghabiskan harta. Ianya adalah amal yang menjadi jalan untuk meraih redha dan ampunan-Nya, kerana nilai manfaat sedekah jariyah ini tidak hanya dinikmati di dunia saja, tapi juga dapat dipetik hingga di akhirat nanti. Semoga infaq para penyumbang untuk membantu para pelajar tahfiz asnaf dan anak yatim miskin ini merupakan salah satu amal jariyah yang dapat dilakukan selama singgah sebentar di dunia yang fana ini.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat