MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Nov 14, 2023

CIPTA SUASANA KONDUSIF DENGAN PEMBINAAN BILIK PENGAJIAN

RM50 / 0.71 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

2 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

RAYUAN SUMBANGAN BAGI PEMBINAAN BILIK PENGAJIAN UNTUK ANAK-ANAK ASNAF DAN YATIM MENUNTUT ILMU. AYUH KITA BANTU!


Dengan penuh kerendahan hati pihak kami ingin mengajak para muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT agar menabung pahala jariyah dengan memberi sumbangan infaq bagi projek pembinaan dan pembangunan bilik pengajian di sini. Kami menyeru agar para penyumbang sama-sama menjayakan projek pembinaan bilik pengajian ini yang sangat penting untuk perkembangan pendidikan, dakwah dan ilmu di maahad kami.



Di maahad kami masih kekurangan tempat yang sesuai untuk aktiviti pengajian dan ulangkaji para pelajar. Untuk mengatasi cabaran ini, projek pembinaan bilik pengajian tambahan ini telah dijalankan untuk tujuan menyediakan tempat pengajian kepada pelajar-pelajar kami meningkatkan tahap kefahaman mereka terhadap ajaran Islam, serta membantu mereka mencapai matlamat mereka dalam menghafal dan memahami Al-Quran.



Kerja-kerja pembinaan ini masih belum siap sepenuhnya kerana kekurangan dana, oleh itu pihak kami membuka peluang buat saudara-saudari berbuat kebaikan dengan berinfaq bagi bantu menjayakan pembinaan ini. Mulai RM10 ayuh menabung untuk simpanan di akhirat kelak bagi memastikan anak-anak asnaf dan yatim di maahad kami dapat mengejar cita-cita mereka menjadi huffaz yang cemerlang.




Dengan adanya bilik pengajian ini kelak, kami berharap dapat mencipta suasana pengajian yang kondusif yang akan memotivasikan para pelajar untuk mengejar kecemerlangan dalam pengajian agama. Bilik ini bukan hanya sekadar ruang fizikal, tetapi juga merupakan simbol penting dalam memupuk semangat kecintaan para pelajar terhadap ilmu agama dan meningkatkan kualiti pengajaran di Maahad kami. Semoga setiap sumbangan menjadi satu pelaburan yang akan membawa keberkatan kepada para pelajar kami dan menjadikan mereka pembawa kebaikan dalam masyarakat. Jazakumullahu khairan jaza


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 16, 2023

Kempen Sumbangan Tamat