MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 06, 2024

BANTUAN PENGAJIAN ANAK-ANAK ASNAF SABAH

RM60 / 2.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

5 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ganjaran pahala yang berlipat kali ganda dalam berinfaq buat anak-anak asnaf sabah untuk menjadi para hafiz Al-Quran dan dai’.


Assalamualaikum wbt, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT. Syukur pada Allah SWT yang telah memberi nikmat yang banyak kepada kita sehingga kini Allah SWT masih memberi nikmat kehidupan kepada kita. Setiap masa dalam hidup kita di dunia ini sangat bernilai. Dalam kehidupan dunia ini, marilah kita ambil peluang dengan sungguh-sungguh dengan mencari bekal kebajikan untuk kehidupan kita yang sebenar di akhirat kelak.



Oleh yang demikian, pihak maahad ingin membuka peluang kepada muslimin dan muslimat menyemai kebajikan di dunia ini dalam menyumbang untuk pengajian anak-anak tahfiz asnaf yang berasal dari bumi Sabah ini agar dapat membantu mereka dalam menuntut ilmu agama dan sekaligus dapat meneruskan hasrat mereka menjadi seorang hafiz Al-Quran.


Di samping itu, apabila tamat pengajian, merekalah yang menjadi harapan dalam membantu memimpin masyarakat pedalaman di sana bukan sekadar mengajar ilmu agama bahkan akan membantu dalam usaha menyebarkan seruan Islam dalam kalangan masyarakat Sabah. Insya-Allah.



“Apabila seseorang manusia mati maka terputuslah semua amalannya kecuali daripada tiga perkara (yang selepas mati pun pahalanya berterusan ). 1. Sedekah jariah; 2. Ilmu yang dimanfaatkan (oleh orang ramai); dan 3. Anak yang soleh yang sentiasa mendoakan untuknya.” (Misykat: Muslim)


Melalui sumbangan yang kalian salurkan,pihak maahad membantu menguruskan beberapa keperluan mereka seperti yuran pengajian, makan dan minum, pakaian mereka, pembiayaan tiket kapal terbang dan lain-lain lagi.



Marilah kita merebut peluang ini dengan berinfaq buat anak-anak asnaf Sabah ini bermula RM10 bagi membantu dalam menuntut agama dan melahirkan para hafiz Al-Quran dan para pendakwah yang akan menyemai berbakti di bumi Sabah. Semoga, Allah SWT memberi balasan yang baik kepada para penyumbang dan mencurahkan keberkatan dalam kehidupan di dunia dan meraih rahmat serta reda-Nya di akhirat kelak.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Aug 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 07, 2024

MUHAMMAD YAZID BIN MOHD YATIM MARICAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 06, 2024

Kempen Sumbangan Tamat