MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 07, 2024

AYAM SEGAR BULAN OGOS KEPADA PELAJAR TAHFIZ

RM170 / 5.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

8 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

HADIRKAN KECERIAAN DAN KEGEMBIRAAN DENGAN BERINFAQ AYAM SEGAR YANG MENCUKUPI BUAT ANAK-ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF.


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin membuka peluang kepada saudara dan saudari sekalian untuk membuat sumbangan infaq ayam segar kepada para pelajar tahfiz kami sepanjang bulan Ogos ini. Untuk makluman saudara dan saudari, kebanyakan para pelajar di sini berlatarbelakangkan golongan anak-anak yatim dan asnaf iaitu seramai 52 orang pelajar.



Makanan yang enak dan segar ini sangat menjadi kegemaran kanak-kanak termasuk orang dewasa. Ayam juga mengandungi protein tinggi yang mana baik untuk tumbesaran tubuh badan dan otak anak-anak tahfiz ini. Menu harian yang berlaukkan ayam ini mampu memberi tenaga yang cukup untuk mereka beribadah seperti solat, membaca serta menghafal Al-Quran. Selain itu, ia memberi manfaat tenaga kepada para pelajar dalam beriadah dan bersukan. Insya-Allah.



Sehubungan itu, pihak maahad mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan kepada anak-anak tahfiz yatim dan asnaf ini di sini khususnya dalam kempen infaq ayam segar ini. Sumbangan yang disalurkan akan mengukir senyuman dan keceriaan buat anak-anak ini seterusnya menjadikan mereka lebih bersemangat dalam menuntut ilmu agama.



Akhir sekali, ayuh kita sama-sama membantu memberi infaq ayam segar mudah-mudahan ia menjadi sedekah jariah. Selagi makanan tersebut dimanfaatkan oleh anak-anak tahfiz, maka selagi itulah pahala anda akan terus mengalir tanpa henti hingga hari kiamat. Semoga Allah SWT membalas kebaikan dan kemurahan hati kalian dengan dipermudahkan segala urusan dan hajat serta meraih keredaan-Nya. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NURUL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 14, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM60.00

Aug 09, 2024

Kempen Sumbangan Tamat